Hajah Aiman Athirah Sabu, juga dikenali sebagai Raj Munni Sabu @ Aiman Athirah Al-Jundi. Dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15) yang lalu, YB Aiman Athirah daripada Parti Amanah, Pakatan Harapan telah memenangi kerusi Parlimen Sepang. Berikut dipaparkan profil beliau:
Jawatan Dalam Kerajaan
- Ahli Parlimen Sepang
Jawatan Yang Pernah Disandang
- Ahli Dewan Negara (Senator), 27 Ogos 2018 – 26 Ogos 2021
- Ahli jawatankuasa pusat AMANAH
- Ketua Penerangan Muslimat PAS Malaysia Merangkap Pemangku Pengarah Pilihan Raya DMPP.
- Anggota Jawatankuasa Tertinggi, Majlis Wanita Pakatan Rakyat Pusat.
Penglibatan Dalam Masyarakat
- Terlibat Dengan Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) – Sebuah NGO Yang Memperjuangkan Isu-Isu Kepentingan Rakyat Khususnya Golongan Kelas Pekerja.
- Terlibat Dengan EMPOWER – NGO Yang Memperjuangkan Program-ProgramPemberdayaan Wanita Malaysia.
- Terlibat Dengan BERSIH – Gabungan NGO Yang Menuntut Pilihanraya Bersih.
- Aktivis Kebangkitan Rakyat Dalam Gabungan PROTES & Gerakan Mansuhkan ISA.
- Ahli Jawatankuasa Sekretariat Protes Harga Barang Naik.
- Ahli Jawatankuasa Sekretariat Kempen Anti Saman Ekor & Anti AES
- Terlibat Dengan Gerakan Mansuhkan Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan & Perubatan (GMPPK)
- Aktivis Gerakan Anti Perang
Kelulusan Akademik
1. Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial, Major Sains Politik Dan Minor Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Laman Web / Media Sosial
Facebook – https://www.facebook.com/aimanathirah.aljundi.8
Twitter – https://twitter.com/al_jundiathirah
TikTok – https://www.tiktok.com/@aimanathirah8 laman TikTok ini didapati tidak boleh diakses pada 26 November 2022.
